CABANG FALSAFAH DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN (FPK)
Cabang-cabang falsafah :-
FPK -----> "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini dalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
-----> Metafizik
Metafizik merupakan cabang falsafah yang bersifat realiti kehidupan. Ia tidak boleh diukur melalui kajian saintifik kerana ia melampaui hal fizikal dan kebendaan. Bersifat spekulatif dan fokus pada isu seperti hubungan sebab dan akibat.
Metafizik lebih kepada perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu yang berada dalam FPK dimana pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka menerusi interaksi sosial dengan orang lain tau sesama manusia.
Metafizik lebih kepada perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu yang berada dalam FPK dimana pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka menerusi interaksi sosial dengan orang lain tau sesama manusia.
-----> Epistemologi
Epistemologi berkaitan dengan sifat semula jadi ilmu, dengan maksud lain ia berkaitan tentang hakikat ilmu pengetahuan, andaian-andaian, dasar-dasarnya serta tanggungjawb kenyataan mengenai pengetahuan yang dimiliki setiap manusia. Samada pengetahuan datang daripada wahyu, kuasa, intuisi, pancaindera ataupun eksperimens.
Terdapat beberapa eleman yang berkaitan dengan cabang epistemologi dalam FPK ini dimana FPK mengutamakan pendidikan merupakan satu usaha berterusan dalam masyarakat yang membangun dan sentiasa mengalami perubahan yang pesat. Secara epistemologi, pendidikan memainkan peranan penting dalam memilih bahan yang layak untuk diajar dan dipelajari lalu mencari kaedah penyampai maklumat yang berkesan supaya ilmu itu dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis disamping berilmu pengetahuan selaras dengan matlamat FPK.
-----> Aksiologi
Aksiologi merupakan cabang falsafah yang berhubungkait dengan nilai seperti etika dan agama. Ia berhubung dengan nilai dan berkaitan dengan pengajaran nilai moral dan perkembangan sahsiah.
Jika di lihat di dalam FPK, terdapat penekanan terhadap kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan memperoleh pengetahuan dan amalan nilai murni seiring dengan cabang aksiologi. Contohnya seperti dalam pendidikan, terdapat subjek Pendidikan Agama Isalam dan Pendidikan Moral yang diajar untuk membentuk insan seperti yang disebut.
-----> Logik
Cabang logik tentang pemikiran yang tepat dan berkaitan dengan hubungan antara idea dengan prosedur yang digunakan untuk membezakan antara pemikiran sah dan yang mengelirukan iaitu secara sains. Cabang ini membantu untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan menggalakkan susunan fikiran yang teliti dan sistematik.
Dalam pendidikan, terdapat aktiviti kokurikulum yang melibatkan aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab dan badan beruniform yang mampu melahirkan insan yang sihat dari segi jasmani, berdisiplin serta bertanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan matlamat FPK. Matlamat ini berkaitan dengan cabang logik dimana dapat menggalakkan susunan fikiran yang teliti dan sistematik.