Ahad, 19 Mei 2013

ARAS TAKSONOMI (BLOOM TAXONOMY)



  • Bloom taxonomy dikembangkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1950-an.
  • Bloom taxonomy mengandungi tingkat-tingkat dalam berfikir (thingking skill) dari tingkat paling dasar sehingga ke tingkat paling kompleks dalam level berfikir.
  • Bloom taxonomy mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu :-
  1. Dignitif - mengukur tahap kemahiran intelektual.
  2. Afektif - mengukur tahap kemahiran generik yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan dalam persatuan-persatuan dan perbincangan berkumpulan.
  3. Psikomotor - mengukur kemahiran praktikal dan teknikal melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan lawatan teknikal
Pada isian kali ini, perbincangan hanya pada peringkat kognitif. Kognitif mempunyai enam tingkat thingking skill level iaitu ;-



Knowledge
  • menguji kebolehan untuk mengingat kembali pembalajaran lepas mengenai fakta-fakta spesifik, istilah, kaedah atau prosedur, konsep asas dan prinsip.
  • contohnya : nyatakan, terangkan, namakan, lebalkan
Comprehension
  • Memahami, menterjemahkan dan menginterprestasi fakta, konsep atau prinsip.
  • contohnya: pilih, terangkan, tulis semula
Application
  • Menggunakan maklumat sedia ada dalam setuasi baru - menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas.
  • Contohnya: selesaikan. ramalkan, bina ayat
Analysis
  • mencerakinkan idea-idea besar kepada behagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan.
  • Contohnya: bezaan pastikan, pilih
Synthesis
  • Menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat rumusan
  • Contohnya: bina, hasilkan, susun, kembangkan
Evaluation
  • Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik.
  • Contohnya: pilih, berikan alasan, kritik, buktikan

Selasa, 14 Mei 2013

MAJOR LEARNING THEORIES





Behavioral Learning


  • Teori ini diperkenalkan oleh Ivon Pavlov dan di kembangkan oleh Thorndike dan Skinner.
  • Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
  • secara umumnya teori behavioris ini menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. 
  • Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Cognitive Learning

  • pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak boleh diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. 
  • Bruner dan Piaget, teori-teori pembelajaran mereka adalah tertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengketogorian.
  • Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.
Humanistive Learning
  • Pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya.
  • Carl Roger menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pembelajaran dan pengajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu.
  • Setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. maka, guru hendaklah menjaga pelajar ddan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum

GURU BERKESAN



Ciri-Ciri Guru Berkesan

Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan seperti berikut :--
  • Bersikap profesional.
  • Mempamirkan ciri-ciri kekuatan teori.
  • Kaya ilmu.
  • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
  • Bermoral teguh.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
  • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
  • Berkebolehan mennilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
  • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
  • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
  • Mempastikan situasi "guru mengajar murid belajar" wujud di dalam kelas.
  • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak" supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, persenoliti sihat dan serba boleh.
  • Berupaya membina mnda pelajar yang cemerlang akademik.
  • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
  • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionalnya.
  • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
  • Profesional dan menumpukan perhatian kepada p&p di sekolah.

JERIS

Pendidikan Seni Visual dapat melahirkan pelajar-pelajar yang holistik dari segi JERIS

J  ** Jasmani
E ** Emosi
R ** Rohani
I  ** Intelek
S ** Sosial

JERIS turut di terapkan di dalam pendidikan seni visual dengan pelbagai cara yang digunakan :-

JASMANI
Pemikiran yang kreatif dan inovatif memerlukan tubuh badan yang sihat. Pelajar mampu menjana pemikiran yang kreatif di sampig jasmani yang cergas dapat melahirkan pelajar yang komitmen dan bertanggungjawab serta mempunyai sikap yang sanggup menghadapi kesusahan.

EMOSI
Melalui Pendidikan seni visual mereka boleh mengekspresikan perasaan mereka dengan cara yang berfaedah dan betul. Perasaan mudah berubah-ubah sama ada gembira, sedih, marah, ketidpuasan hati lebih-lebih lagi kanak-kanak dapat di luahkan dengan menghasilkan seni. 

ROHANI
Seni adalah nadi dalam hayat perjalanan ke arah melengkapkan sifat kemanusiaan pelajar walaupun sekadar sebagai penghayat seni tetapi perkembangan minda dan rohaniah turut dibina dengan sempurna. Pengahayatan terhadap ciptaan Tuhan dapat memupuk nilai rohaniah pelajar.

INTELEK
Pendidikan seni berfaedah kepada pelajar kerana ia memupuk peribadi yang lengkap, yang membina berbagai bentuk literasi bagi menajamkan intuisi, takulan, imagianasi dan kemahiran dalam berekspresi dan berkomunikasi. Pelajar dibimbing pelbagai cara, membuat persepsi, menyatakan pemikiran dan menyelesaikan masalah antara rakan sekelas atau kerja kursus yang diberi.

SOSIAL
kerja berkumpulan memerlukan interaksi antara pelajar-pelajar dan guru. interaksi yang berkesan menunjukkan hubungan sosial yang baik. kerja berkumpulan memerlukan pelajar memberi dan menerima pandangan antara satu yang lain. 

Ahad, 12 Mei 2013

REFLEKSI MINGGU 6

Objektif kurikulum seni visual

  • Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
  • Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan.
  • Menajam daya imaginasi melalui pancaindera.
  • Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
  • Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
  • Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.
  • Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab.
  • Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
  • Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.
  • Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.


Model kurikulum pengajaran Tyler

                      *** Kenalpasti apa yang hendah dinilai kemudian ajar apa yang hendak dinilai.




Sabtu, 11 Mei 2013

REFLEKSI MINGGU 5

" Every child is an artist. The problem is how to remain an artist once we grow up " 
Pablo Picasso


----> Proses menimba ilmu melibatkan
            • guru     -  Master
            • murid   -  Apprentice
            • qadar   -  Duration (masa)
            • mahar   - Values/fees (nilai)
            • azam    -  Determination/sacrifice
            • tempat  - Place


----> Falsafah aspek paling penting dalam dalam pendidikan sebelum melangkah lebih jauh. Kita akan     melihat falsafah dari segi asas kurikulum.


  • Menghubungkan dengan sistem persepsi, nilai dan kepercayaan kita serta wordview kita iaitu bagaimana kita memberi persepsi dunia di sekeliling kita.
  • falsafah dapat memberi kita frameword bagi mengurus sekolah, kelas dan dapat memberi jawapan dalam apa jua persoalan.
  • selain itu, melalui falsafah, matlamat pendidikan, kandungan dan organization kokurikulum proses pengajaran dan pembelajaran ditetapkan berpandukan falsah itu.

----> Cabang falsafah telah menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Cabang falsah terbahagi kepada empat :- (Telah dibincangkan pada ulasan sebelum ini)
    • metafizik 
    • epistimologi
    • aksiologi
    • logik

Selasa, 26 Mac 2013

TUGASAN PERTAMA

CABANG FALSAFAH DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN (FPK)

FPK ----->  "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini dalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."


Cabang-cabang falsafah :-
----->   Metafizik 
Metafizik merupakan cabang falsafah yang bersifat realiti kehidupan. Ia tidak boleh diukur melalui kajian saintifik kerana ia melampaui hal fizikal dan kebendaan. Bersifat spekulatif dan fokus pada isu seperti hubungan sebab dan akibat.

Metafizik lebih kepada perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu yang berada dalam FPK dimana pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka menerusi interaksi sosial dengan orang lain tau sesama manusia.

----->   Epistemologi 
Epistemologi berkaitan dengan sifat semula jadi ilmu, dengan maksud lain ia berkaitan tentang hakikat ilmu pengetahuan, andaian-andaian, dasar-dasarnya serta tanggungjawb kenyataan mengenai pengetahuan yang dimiliki setiap manusia. Samada pengetahuan datang daripada wahyu, kuasa, intuisi, pancaindera ataupun eksperimens.

Terdapat beberapa eleman yang berkaitan dengan cabang epistemologi dalam FPK ini dimana FPK mengutamakan pendidikan merupakan satu usaha berterusan dalam masyarakat yang membangun dan sentiasa mengalami perubahan yang pesat. Secara epistemologi, pendidikan memainkan peranan penting dalam memilih bahan yang layak untuk diajar dan dipelajari lalu mencari kaedah penyampai maklumat yang berkesan supaya ilmu itu dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis disamping berilmu pengetahuan selaras dengan matlamat FPK.

----->   Aksiologi 
Aksiologi merupakan cabang falsafah yang berhubungkait dengan nilai seperti etika dan agama. Ia berhubung dengan nilai dan berkaitan dengan pengajaran nilai moral dan perkembangan sahsiah.

Jika di lihat di dalam FPK, terdapat penekanan terhadap kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan memperoleh pengetahuan dan amalan nilai murni seiring dengan cabang aksiologi. Contohnya seperti dalam pendidikan, terdapat subjek Pendidikan Agama Isalam dan Pendidikan Moral yang diajar untuk membentuk insan seperti yang disebut.

----->   Logik
Cabang logik  tentang pemikiran yang tepat dan berkaitan dengan hubungan antara idea dengan prosedur yang digunakan untuk membezakan antara pemikiran sah dan yang mengelirukan iaitu secara sains. Cabang ini membantu untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan menggalakkan susunan fikiran yang teliti dan sistematik.

Dalam pendidikan, terdapat aktiviti kokurikulum yang melibatkan aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab dan badan beruniform yang mampu melahirkan insan yang sihat dari segi jasmani, berdisiplin serta bertanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan matlamat FPK. Matlamat ini   berkaitan dengan cabang logik dimana dapat menggalakkan susunan fikiran yang teliti dan sistematik.

Jumaat, 22 Mac 2013

Salam Perkenalan

1) Siapa saya?
 Seorang pelajar IPTA yang sebenarnya tak tahu macam mana nak buat blog...hehehe, Ini blog yang pertama dan buat blog ni pon sebab disuruh oleh seorang pensyarah yang mengajar salah satu kursus yang saya ambil di fakulti. Bunyi macam terpaksa je kan?hehehe tapi saya anggap ini satu cabaran dan ilmu baru yang saya perlu pelajari. So I can do it....




2) Kenapa pilih nama sonnenblume?
Sonnenblume bermaksud bunga matahari. Banyak simbolik di sebalik bunga matahari ini. Bunga ini bukan saja cantik dari segi rupa dan warna, malah sifatnya yang sentiasa mencari dan mengikit cahaya matahari yang membuat saya kagum. begitu juga manusia yang memerlukan panduan dan pegangan untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik.



Ok, ini saja untuk post yng pertama kali ni...nanti kan post-post yang akan datang yang lebih banyak ilmu yang akan saya masukkan supaya kita sama tahu dan belajar....Daaaaaa