Selasa, 14 Mei 2013

GURU BERKESAN



Ciri-Ciri Guru Berkesan

Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan seperti berikut :--
  • Bersikap profesional.
  • Mempamirkan ciri-ciri kekuatan teori.
  • Kaya ilmu.
  • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
  • Bermoral teguh.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
  • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
  • Berkebolehan mennilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
  • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
  • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
  • Mempastikan situasi "guru mengajar murid belajar" wujud di dalam kelas.
  • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak" supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, persenoliti sihat dan serba boleh.
  • Berupaya membina mnda pelajar yang cemerlang akademik.
  • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
  • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionalnya.
  • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
  • Profesional dan menumpukan perhatian kepada p&p di sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan