Ahad, 19 Mei 2013

ARAS TAKSONOMI (BLOOM TAXONOMY)



  • Bloom taxonomy dikembangkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1950-an.
  • Bloom taxonomy mengandungi tingkat-tingkat dalam berfikir (thingking skill) dari tingkat paling dasar sehingga ke tingkat paling kompleks dalam level berfikir.
  • Bloom taxonomy mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu :-
  1. Dignitif - mengukur tahap kemahiran intelektual.
  2. Afektif - mengukur tahap kemahiran generik yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan dalam persatuan-persatuan dan perbincangan berkumpulan.
  3. Psikomotor - mengukur kemahiran praktikal dan teknikal melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan lawatan teknikal
Pada isian kali ini, perbincangan hanya pada peringkat kognitif. Kognitif mempunyai enam tingkat thingking skill level iaitu ;-



Knowledge
  • menguji kebolehan untuk mengingat kembali pembalajaran lepas mengenai fakta-fakta spesifik, istilah, kaedah atau prosedur, konsep asas dan prinsip.
  • contohnya : nyatakan, terangkan, namakan, lebalkan
Comprehension
  • Memahami, menterjemahkan dan menginterprestasi fakta, konsep atau prinsip.
  • contohnya: pilih, terangkan, tulis semula
Application
  • Menggunakan maklumat sedia ada dalam setuasi baru - menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas.
  • Contohnya: selesaikan. ramalkan, bina ayat
Analysis
  • mencerakinkan idea-idea besar kepada behagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan.
  • Contohnya: bezaan pastikan, pilih
Synthesis
  • Menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat rumusan
  • Contohnya: bina, hasilkan, susun, kembangkan
Evaluation
  • Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik.
  • Contohnya: pilih, berikan alasan, kritik, buktikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan